Sunday, July 24, 2011

Say....... Thank You Allah......

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..

Alhamdulillah, bersama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas segala takdir dan ketentuanNya, Dia telah izinkan program I-CoN '11 berjaya dilaksanakan dengan lancar, tetapi tidak dinafikan masih banyak perkara dan kekurangan lagi yang perlu diperbaiki dalam pelaksanaan program ini.

Jazakallah khoiron, setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha dalam merealisasikan impian I-CoN '11 menjadi kenyataan.

Malam kemuncak yang dinantikan akhirnya tiba juga.
Petang yang dingin itu maka tibalah sahabat-sahabat dari IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Bahasa Melayu untuk bersama-sama menguji suara dan segala perkusi yang ada sebagai persiapan menghadapi persembahan pertandingan akhir pada malam hari nanti.


IPG Kampus Ilmu Khas

IPG Kampus Pendidikan Islam


IPG Kampus Pendidikan Teknik


IPG Kampus Bahasa Melayu

Tiket konsert yang terjual sebelum tarikh 23 Julai 2011 berjaya mendapat sambutan. Ianya melebihi separuh dari julah keseluruhan tiket yang ada sudah cukup membuktikan bahawa sambutan orang ramai terhadap nasyid sememangnya sangat baik.

Ianya di luar jangkaan, jumlah para hadirin yang datang pada malam hari sangat memberikan impak yang besar kepada motivasi dan persembahan kumpulan nasyid yang bertanding pada malam itu, terutamanya kumpulan nasyid tuan rumah.



Salah satu faktor kepada jumlah hadirin yang berada di luar jangkaan itu besar kemungkinannya daripada daya penarik utama I-CoN '11, iaitu adanya konsert khas kumpulan nasyid yang tersohor bukan sahaja di negara kita, hatta di negara luar juga, iaitu kumpulan Raihan.



Dengan membawakan 4 buah lagu, iaitu Puji-pujian, I'tirof, Allahu dan Thank You Allah sudah cukup untuk mengubati kerinduan para peminat kumpulan Raihan yang sanggup datang dari jauh, walaupun tinggal di luar kampus, para guru pelatih sanggup datang ke Dewan Dato' Razali Ismail pada malam itu, begitu juga dengan para pensyarah yang hadir.

Tahniah kepada kumpulan nasyid Islam For All yang mewakili IPG Kampus Ilmu Khas yang telah merangkul gelaran juara I-CoN '11.



Alhamdulillah, maklum balas yang kami terima dari para hadirin, mereka sangat mengharapkan program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, dengan memberikan jolokan nama I-CoN 2.0 .

Friday, July 22, 2011

TERKINI !!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, I-CoN '11 bermula dengan suasana cuaca yang redup mendung, tidak terlalu panas dan tidak jugak terlalu mendung...

suhu yang menyenangkan..

Di atas pentas dewan sekarang, Ahmad Fedtri Yahya serta panelis FEWWIT sedang berforum dan berdiskusi..


Di padang sana, sahabat-sahabat kita sedang ligat mengelecek bola di arena futsal.

Nun di sebelah sana, meluncur laju di udara anak panah yang dilepas dari busur menuju tepat ke sasaran..


Di sekitar dataran Dewan Dato' Razali Ismail, Ekspo I-CoN '11 sedang berlangsung, sehingga jam 12 malam nanti. Macam-macam ada !



Tiket konsert RAIHAN malam ini masih ada lagi. Jom dapatkan segera !

Friday, July 8, 2011

FEWWIT 2011 bersama I-CoN '11

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

Segala Puji Bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke atasMu ya Allah kerana telah mempermudahkan segala urusan kami hambaMu yang sangat lemah dalam usaha untuk menjayakan Ilmu Khas Carnival of Nasyid 2011 ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Saudara Mohd Nurul Imran Koyube, presiden iLuvislam Consultancy & Services, Saudara Khairul Amil Yusof, Vice President Sales & Marketing iLiuvislam atas kerjasama yang sangat baik dalam usaha untuk menjayakan program ini.


FEWWIT, atau lebih dikenali sebagai satu akronim kepada frasa 'Fun and Exciting Weekend With iLuvislam Team' merupaka sebuah program yang dijalankan oleh Event Team Malaysia iluvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd yang dirancang secara berkala, iaitu dua bulan sekali.



Kali ini, FEWWIT 2011 lebih berkonsepkan kupasan buku-buku ilmiah yang berada di pasaran.

Dengan bertemakan " Selembar Ramadhan, Sejalin Ikatan ", FEWWIT pada kali ini akan cuba untuk mencurahkan semangat Ramadhan yang tidak lama lagi akan menemui kita tidak lama lagi serta memberi persediaan awal kepada semua mengenai kelebihan dalam menghadapi Ramadhan.

FEWWIT menyasarkan penyertaan dari golongan intelektual, iaitu pelajar, masyarakat sekitar serta semua para hadirin yang bertandang ke I-CoN '11 itu nanti.

Selain FEWWIT, iLuvislam juga akan membuka gerai jualan yang akan menjual cenderamata iLuvislam seperti baju, button badge, bekas pensil, dan sebagainya.


Temui personaliti-personaliti ini di FEWWIT nanti !

AHLI PANEL FORUM 1 : MENTOR IMAM MUDA

PERSEMBAHAN NASYID DARI IMAM MUDA SYAKIR DI AKHIR FORUM


MODERATOR FORUM - PENGACARA MHI TV3

AHLI PANEL FORUM 2 - PAKAR MOTIVASI & PENULIS BUKU


Kepada semua sahabat-sahabat yang berada di sekitar Kuala Lumpur, marilah sama-sama menyertai FEWWIT 23 Julai 2011 bersamaan dengan hari Sabtu nanti, bersempena dengan I-CoN '11. Jadikan hujung minggu anda bermakna dengan menyertai program-porgram yang bermanfaat seperti ini.

Wednesday, June 22, 2011

EKSPO I-CoN '11

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi barokatuh dan selamat sejahtera ..

Sempena Karnival Nasyid IPG Kampus Ilmu Khas 2011 ( I-Con '11 ) nanti, Ekspo I-CoN '11 akan diadakan bagi memeriahkan lagi karnival berkenaan di samping memberikan peluang kepada pihak-pihak yang terlibat seperti dari pihak pelajar sendiri serta pihak luar yang dijemput untuk sama-sama memeriahkan ekspo berkenaan dengan lebih pelbagai, seperti jualan, pameran dan sebagainya. Antara pihak yang akan bersama-sama menjayakan karnival ini ialah AQSA SYARIF, iLuvIslam.com, Munif Hijjaz Perfume dan beberapa lagi pihak yang akan sama-sama menjayakan ekspo ini.



Tempahan tapak jualan dibuka sekarang. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi saudara Muhammad di talian +60139748114 , atau Syaraff di talian +60199519407.

Bayaran sewa tapak jualan/pameran ialah RM30 untuk pelajar dan RM50 untuk pihak luar/bukan pelajar.

Thursday, June 16, 2011

RAIHAN

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya ..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanyalah bagi Allah subhanahu wata'ala yang telah mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan juga di akhirat kelak Insya'Allah..

Alhamdulillah sekali lagi diucapkan, kerana artis jemputan untuk membuat persembahan di acara kemuncak I-CoN '11 nanti telahpun disahkan, iaitu RAIHAN.


Insya'Allah, semoga tercapai matlamat kita untuk menyampaikan wadah indah Islam melalui medium hiburan nasyid. Semoga semuanya dipermudahkan serta mendapat barokah dari Allah subhanhu wata'ala yang maha kuasa. Amin ya rabbal 'alamin..

Thursday, May 19, 2011

Peraturan Pertandingan Nasyid

Rujukan Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia

PENYERTAAN :

Penyertaan kumpulan

* Pertandingan ini terbuka kepada semua IPG Zon Tengah.

* Setiap institusi hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang mengandungi tidak kurang daripada 7 orang dan tidak lebih daripada 9 orang ahli termasuk pemain muzik.

* Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada pelajar di IPG yang sama.

* Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu kumpulan jantina sahaja.

LAGU

* Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.

* Lagu PERTAMA hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang berirama padang pasir dan mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjarkah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan. (bermain live dengan alat muzik)

* Lagu KEDUA pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden). Hendaklah menggunakan minus one. (WAJIB). Minus one yang digunakan mestilah tidak mempunyai sebarang back-up suara (suara latar).

* Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

* Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya

* Keutamaan diberi kepada kumpulan yang membawa lagu ciptaan sendiri.

LIRIK

* Lirik kedua-dua buah lagu hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.

* Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.

* Lirik lagu pertama hendaklah menepati konsep tema I-CON yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan, kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.

* Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

* Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

PERSEMBAHAN :

* Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.

* Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan.

* Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.

* Alat muzik bertali dan bertiup tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan lagu pertama secara live

* Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.

* Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan nama/identiti dalam apa bentuk sekalipun.

PAKAIAN :

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:

1. Lelaki : Memakai pakaian yang menunjukkan ciri keguruan yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

2. Perempuan : Berbaju dan bertudung menunjukkan ciri keguruan yang sempurna dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.

Semua larangan yang terdapat dalam peraturan dirujuk dan dipatuhi.

MASA :

* Setiap kumpulan diberi masa 10 (sepuluh) minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.

* Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.

* Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 10 minit yang telah ditetapkan.

PEMARKAHAN :

Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :

Suara - 40 markah

Lagu - 30 markah

Lirik - 10 markah

Persembahan - 20 markah