Wednesday, October 3, 2012

Aktiviti menarik I-CON'12: Sky Runner


Aktiviti menarik I-CON'12: Memanah


Aktiviti menarik I-CON'12: Berkuda




Pelbagai aktiviti di I-CON'12


Pada I-CON '12 ini, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Antaranya:


Memanah
Tutorial disediakan
RM5: 7 arrows
RM10: 15 arrows


Sukan Berkuda
Untuk ditunggang: RM5
Bergambar bersama kuda: RM5
........boleh diedit atau gambar original
Pakej (tunggang dan bergambar): RM8


Sky Runner
Tutorial disediakan
RM5: 15 minit
Pakej (main dan bergambar): RM8


Jom datang beramai-ramai ke IPG Kampus Ilmu Khas


Tarikh: 6 Oktober 2012
Hari: Sabtu 
Masa: 8 am-12am



Tuesday, October 2, 2012

I-CoN '12 perkenalkan Sukan Sunnah


Bismillah..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Sedikit kelainan pada I-CoN kali ini, sesi tahun lepas, hanya sukan memanah sahaja yang ditampilkan.

Tetapi, pada kali ini, pihak penganjur berusaha untuk membawa beberapa ekor kuda untuk sesi 'test drive' kepada semua pengunjung.

Bersempena dengan tema I-CoN pada tahun ini, iaitu Mahabbah Rasulullah, aktiviti Sukan Sunnah diperkenalkan kepada umum sebagai salah satu cara untuk memberi pengalaman baru kepada orang ramai akan sukan yang digemari oleh Baginda Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sangat memberi kesan dan contoh yang terbaik dalam kalangan sahabatnyam hatta seluruh umat manusia amnya dalam akhlaqnya serta keluhuran budi pekertinya.

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.



Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)


Kebaikan Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.


 2.     Berkuda



Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)

“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim

.

Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Mari sama-sama kita beramai-ramai memeriahkan I-CoN '12 6 Oktober ini !

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Saturday, September 29, 2012

Syarat dan Peraturan Pertandingan Nasyid I-CON 2012

Rujukan Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia


PENYERTAAN :
  • Penyertaan kumpulan
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua IPG semenanjung Malaysia
  • Setiap institusi hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang mengandungi tidak kurang daripada 7 orang dan tidak lebih daripada 9 orang ahli termasuk pemain muzik.
  • Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada pelajar di IPG yang sama.
  • Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu kumpulan jantina sahaja.


LAGU
  • Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.
  • Lagu PERTAMA hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang berirama padang pasir dan mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjarkah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan. (bermain live dengan alat muzik)
  • Lagu KEDUA pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden). Hendaklah menggunakan minus one. (WAJIB). Minus one yang digunakan mestilah tidak mempunyai sebarang back-up suara (suara latar). Bertemakan Mahabbah Rasulullah.
  • Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.
  • Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya
  • Keutamaan diberi kepada kumpulan yang membawa lagu ciptaan sendiri.


LIRIK
  • Lirik kedua-dua buah lagu hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.
  • Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.
  • Lirik lagu pertama hendaklah menepati konsep tema I-CON yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan, cinta kepada Rasulullullah, kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.
  • Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
  • Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.


PERSEMBAHAN :
  • Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.
  • Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan.
  • Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.
  • Alat muzik bertali dan bertiup tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan lagu pertama secara live
  • Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.
  • Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan nama/identiti dalam apa bentuk sekalipun.


PAKAIAN :
  • Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:
1. Lelaki : Memakai pakaian yang menunjukkan ciri keguruan yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.2. Perempuan : Berbaju dan bertudung menunjukkan ciri keguruan yang sempurna dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.
  • Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
  • Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.
  • Semua larangan yang terdapat dalam peraturan dirujuk dan dipatuhi.

MASA :
  • Setiap kumpulan diberi masa 10 (sepuluh) minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.
  • Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.
  • Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 10 minit yang telah ditetapkan.


PEMARKAHAN :
  • Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :
Suara - 40 markah
Lagu - 30 markah
Lirik - 10 markah
Persembahan - 20 markah



Friday, September 28, 2012

I-CON 2012 menampilkan Al-Mawlid

InsyaAllah,
artis jemputan yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak I-CoN '12 nanti ialah Al-Mawlid, bekas ahli kumpulan Ruffedge dan V.E satu ketika dulu. Kini mereka terus berada dalam industri muzik dan sedang menghidupkan dan memeriahkan banyak majlis-majlis maulid/selawat kepada Rasulullah SAW, bukan sahaja di Malaysia, malah juga sering mendapat jemputan di negara luar.


 Jom meriahkan I-CoN '12 


6 Oktober 2012 | Sabtu

8 Pagi-12 Malam

Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail, 
IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras, KL.


:: TIKET ::

BIASA-RM 5
HOT SEAT-RM 10

Boleh dapatkan tiket daripada AJK I-CON dan JPP IPG Kampus Ilmu Khas


 Ayuh semua, bersama-sama kita sebarkan dan amalkan selawat!

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد




Saturday, September 22, 2012

Menampilkan Dr. Farhan Hadi dan Fatimah Syarha di I-CON '12

Assalamualaikum..
 Antara aktiviti yang akan diadakan pada Ilmu Khas carnival of nasyeed kali ke 2 pada tahun 2012 ini adalah forum yang menampilkan 2 tetamu jemputan iaitu Dr Farhan Hadi dan Fatimah Syarha. Forum ini akan diadakan pada sebelah pagi 6 Oktober 2012 (Sabtu).


Dijemput semua untuk hadir ke Dewan Dato' Razali, IPG Kampus Ilmu Khas untuk mendengarkan perkongsian hebat daripada tetamu-tetamu jemputan ini.