Thursday, May 19, 2011

Peraturan Pertandingan Nasyid

Rujukan Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia

PENYERTAAN :

Penyertaan kumpulan

* Pertandingan ini terbuka kepada semua IPG Zon Tengah.

* Setiap institusi hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang mengandungi tidak kurang daripada 7 orang dan tidak lebih daripada 9 orang ahli termasuk pemain muzik.

* Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada pelajar di IPG yang sama.

* Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu kumpulan jantina sahaja.

LAGU

* Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.

* Lagu PERTAMA hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang berirama padang pasir dan mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjarkah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan. (bermain live dengan alat muzik)

* Lagu KEDUA pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden). Hendaklah menggunakan minus one. (WAJIB). Minus one yang digunakan mestilah tidak mempunyai sebarang back-up suara (suara latar).

* Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

* Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya

* Keutamaan diberi kepada kumpulan yang membawa lagu ciptaan sendiri.

LIRIK

* Lirik kedua-dua buah lagu hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.

* Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.

* Lirik lagu pertama hendaklah menepati konsep tema I-CON yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan, kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.

* Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

* Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

PERSEMBAHAN :

* Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.

* Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan.

* Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.

* Alat muzik bertali dan bertiup tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan lagu pertama secara live

* Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.

* Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan nama/identiti dalam apa bentuk sekalipun.

PAKAIAN :

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:

1. Lelaki : Memakai pakaian yang menunjukkan ciri keguruan yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

2. Perempuan : Berbaju dan bertudung menunjukkan ciri keguruan yang sempurna dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.

Semua larangan yang terdapat dalam peraturan dirujuk dan dipatuhi.

MASA :

* Setiap kumpulan diberi masa 10 (sepuluh) minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.

* Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.

* Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 10 minit yang telah ditetapkan.

PEMARKAHAN :

Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :

Suara - 40 markah

Lagu - 30 markah

Lirik - 10 markah

Persembahan - 20 markah






No comments:

Post a Comment