Saturday, September 29, 2012

Syarat dan Peraturan Pertandingan Nasyid I-CON 2012

Rujukan Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia


PENYERTAAN :
  • Penyertaan kumpulan
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua IPG semenanjung Malaysia
  • Setiap institusi hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan nasyid yang mengandungi tidak kurang daripada 7 orang dan tidak lebih daripada 9 orang ahli termasuk pemain muzik.
  • Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada pelajar di IPG yang sama.
  • Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada satu kumpulan jantina sahaja.


LAGU
  • Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.
  • Lagu PERTAMA hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang berirama padang pasir dan mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjarkah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri qasidah adalah digalakkan. (bermain live dengan alat muzik)
  • Lagu KEDUA pula hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari (Nasyid Moden). Hendaklah menggunakan minus one. (WAJIB). Minus one yang digunakan mestilah tidak mempunyai sebarang back-up suara (suara latar). Bertemakan Mahabbah Rasulullah.
  • Rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.
  • Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan penyertaannya
  • Keutamaan diberi kepada kumpulan yang membawa lagu ciptaan sendiri.


LIRIK
  • Lirik kedua-dua buah lagu hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa tersebut.
  • Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.
  • Lirik lagu pertama hendaklah menepati konsep tema I-CON yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan, cinta kepada Rasulullullah, kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.
  • Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
  • Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.


PERSEMBAHAN :
  • Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan.
  • Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan.
  • Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.
  • Alat muzik bertali dan bertiup tidak dibenarkan sama sekali ketika membuat persembahan lagu pertama secara live
  • Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.
  • Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan nama/identiti dalam apa bentuk sekalipun.


PAKAIAN :
  • Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:
1. Lelaki : Memakai pakaian yang menunjukkan ciri keguruan yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.2. Perempuan : Berbaju dan bertudung menunjukkan ciri keguruan yang sempurna dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.
  • Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
  • Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.
  • Semua larangan yang terdapat dalam peraturan dirujuk dan dipatuhi.

MASA :
  • Setiap kumpulan diberi masa 10 (sepuluh) minit untuk mempersembahkan kedua-dua buah lagu.
  • Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.
  • Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 10 minit yang telah ditetapkan.


PEMARKAHAN :
  • Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :
Suara - 40 markah
Lagu - 30 markah
Lirik - 10 markah
Persembahan - 20 markah



No comments:

Post a Comment