Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
Alhamdulillah, bersama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas segala takdir dan ketentuanNya, Dia telah izinkan program I-CoN '11 berjaya dilaksanakan dengan lancar, tetapi tidak dinafikan masih banyak perkara dan kekurangan lagi yang perlu diperbaiki dalam pelaksanaan program ini.
Jazakallah khoiron, setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha dalam merealisasikan impian I-CoN '11 menjadi kenyataan.
Malam kemuncak yang dinantikan akhirnya tiba juga.
Petang yang dingin itu maka tibalah sahabat-sahabat dari IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Bahasa Melayu untuk bersama-sama menguji suara dan segala perkusi yang ada sebagai persiapan menghadapi persembahan pertandingan akhir pada malam hari nanti.
IPG Kampus Ilmu Khas
Ianya di luar jangkaan, jumlah para hadirin yang datang pada malam hari sangat memberikan impak yang besar kepada motivasi dan persembahan kumpulan nasyid yang bertanding pada malam itu, terutamanya kumpulan nasyid tuan rumah.
Salah satu faktor kepada jumlah hadirin yang berada di luar jangkaan itu besar kemungkinannya daripada daya penarik utama I-CoN '11, iaitu adanya konsert khas kumpulan nasyid yang tersohor bukan sahaja di negara kita, hatta di negara luar juga, iaitu kumpulan Raihan.
Dengan membawakan 4 buah lagu, iaitu Puji-pujian, I'tirof, Allahu dan Thank You Allah sudah cukup untuk mengubati kerinduan para peminat kumpulan Raihan yang sanggup datang dari jauh, walaupun tinggal di luar kampus, para guru pelatih sanggup datang ke Dewan Dato' Razali Ismail pada malam itu, begitu juga dengan para pensyarah yang hadir.
Tahniah kepada kumpulan nasyid Islam For All yang mewakili IPG Kampus Ilmu Khas yang telah merangkul gelaran juara I-CoN '11.
Alhamdulillah, maklum balas yang kami terima dari para hadirin, mereka sangat mengharapkan program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang, dengan memberikan jolokan nama I-CoN 2.0 .