Saturday, April 23, 2011

Langkah diteruskan..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
langkah memartabatkan seni hiburan Islam diteruskan di IPG Kampus Ilmu Khas dengan wadah I-CoN '11 yang akan diadakan Insyallah pada bulan Julai 2011 nanti. Sebelum mengorak langkah untuk terus mara lebih jauh ke hadapan menuju destinasi, untuk menerap dan mendedahkan penghayatan dan keindahan seni hiburan Islam, persiapan yang rapi dimulakan dengan beberapa episod mesyuarat dalam kalangan jentera penggerak I-CoN '11.

Sebagai hebahan awal, beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang program ini berlangsung, iaitu Expo I-CoN '11, Forum, pertandingan nasyid peringkat IPG dan acara kemuncaknya adalah konsert nasyid yang akan dipersembahkan oleh artis nasyid tempatan. Dalam expo tersebut terdapat pelbagai jenis gerai jualan serta pameran. Selain itu akan diadakan juga beberapa aktiviti riadhah di waktu pagi.

Untuk maklumat yang selanjutnya, kami akan kemaskini dari masa ke semasa. Anda juga boleh mengikuti perkembangan I-CoN '11 di laman sosial Facebook :

I-CON '11 ( Ilmu Khas Carnival of Nasyid 2011 )

KLIK IMEJ UNTUK PERGI KE HALAMAN FACEBOOK I-CoN '11


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(2 : 208)

Semoga dengan usaha ini, benih-benih penghayatan Islam dapat disemai dan seterusnya disuburkan di dalam nurani kita semua, melalui pendekatan hiburan dalam konteks Islam.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wata'ala. Amin~

2 comments: